1.1 SEJARAH SEKOLAH
TAHUN | PERISTIWA | ||||||||||
1903 | Kampong Koh, Sitiawan diterokai. Kawasan ini tidak mempunyai sekolah formal. | ||||||||||
1918 | Lembaga Pengurus Sekolah ditubuhkan pada November 1918. Sekolah ini dinamakan Chinese National School. | ||||||||||
1919 | Pengajaran dan pembelajaran dimulakan pada bulan Januari. Bangunan sekolah terdiri daripada 2 buah rumah atap yang terletak di Jalan Besar Kg. Koh. Bilangan murid kurang daripada 30 orang. | ||||||||||
1920 | En. Yu Ze Chun bertugas sebagai Guru Besar. | ||||||||||
1929 | Bahagian Sekolah Menengah Rendah ditubuhkan pada sekolah ini. Bilangan murid hanya 7 orang. | ||||||||||
1933 | Buat pertama kali, 7 orang menduduki peperiksaan Junior Middle Three dan 6 orang berjaya dalam peperiksaan itu. | ||||||||||
1934 | Bangunan Sekolah Rendah dan Menengah Chinese National didirikan. | ||||||||||
1935 | Dewan Sekolah Rendah dan Menengah Chinese National siap dibina. Cadangan untuk menggabungkan 4 buah Sekolah Menengah dalam daerah ini diterima oleh Lembaga Pengurus Sekolah yang terdiri daripada 40 orang ahli. | ||||||||||
1936 | Bahagian sekolah menengah dibubarkan. Pembukaan rasmi bangunan baru sekolah. Anekarama diadakan untuk mengutip derma. | ||||||||||
1937 | Tempat letak basikal dibina. | ||||||||||
1938 | Alat permainan seperti jongkang-jongkit, papan gelongsor dan pancang penyungkit dilengkapkan. | ||||||||||
1939 | Bangunan sekolah dicat semula. | ||||||||||
1940 | Padang sekolah disediakan. | ||||||||||
1941 | 5 buah bilik darjah dan 2 buah pejabat dibina. Peperangan berlaku pada 8-12-1941. | ||||||||||
TAHUN | PERISTIWA | ||||||||||
1942 | Sekolah ditutup selama 3 tahun 10 bulan. Kejadian ini merupakan tamparan hebat kepada sekolah. Hal ini diburukkan lagi dengan kehilangan harta benda sekolah akibat perang. | ||||||||||
1945 | Sekolah dibuka semula pada 1-11-1945. Sebanyak 6 kelas diadakan dengan murid seramai 190 orang dan 7 orang guru. | ||||||||||
1946 | Bilangan guru dan murid bertambah. Kelas tambahan terpaksa diadakan pada waktu petang mulai jam 2.15pm hingga 4.15pm untuk murid-murid Sekolah Inggeris yang ingin mempelajari Bahasa Cina. | ||||||||||
1947 | Sukan pertama dianjurkan dengan dianggotai oleh 4 pasukan. | ||||||||||
1948 | Menyambut Ulang Tahun Sekolah Ke-30 dengan mengadakan olaraga. | ||||||||||
1949 | Gaji guru dibayar oleh kerajaan British. Majalah Sekolah diterbitkan. | ||||||||||
1951 | Sistem persekolahan ditukar kepada 3 penggal mengikut arahan kerajaan British. | ||||||||||
1953 | Tangga gaji baru dimulakan. Yuran murid darjah 1 dan 2 ialah $2.50, darjah 3 dan 4 ialah $3.50, manakala darjah 5 dan 6 pula ialah $4.50. | ||||||||||
1955 | Bangunan sekolah dicat semula. | ||||||||||
1957 | Menubuhkan Lembaga Pengurus yang baru atas arahan kerajaan British. | ||||||||||
1958 | Nama sekolah ditukarkan kepada Chinese National Standard Type Primary School. Terdapat 2 orang guru Bahasa Melayu, jumlah murid mencapai 695 orang,dan dibahagi kepada 15 kelas. | ||||||||||
1985 | Pembinaan 9 buah bilik darjah. | ||||||||||
1986 | Pancaragam sekolah ditubuhkan. | ||||||||||
1989 | Dewan besar dibina dan menelan belanja sebanyak RM200,000. | ||||||||||
1990 | Perasmian Dewan baru oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik. | ||||||||||
1993 | Jalan tar dibina. | ||||||||||
TAHUN | PERISTIWA | ||||||||||
1994 | Jamuan besar untuk seramai 600 orang diadakan di dewan sekolah untuk menyambut Ulang Tahun Ke-75. | ||||||||||
1997 | En. Koay Guan Soon bertugas selama 6 tahun sebagai Guru Besar di sekolah ini. Beliau memimpin sekolah menjadi sekolah yang terkenal di daerah ini dari segi akademik dan ko-kurikulum. | ||||||||||
2003 | Bilik guru dan tiga bilik darjah baru dibina . | ||||||||||
2004 | En. Pang Chu Diew mengambil alih tempat Guru Besar. Beliau telah bertukar wajar sekolah, terutamanya keceriaan sekolah dan papan kenyataan sekolah dibina. | ||||||||||
2005 | En. Tan See Seng mengambil alih tempat Guru Besar. | ||||||||||
2006 | Jamuan besar untuk mengutip derma pembinaan bilik darjah baru diadakkan. Jamuan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Kong Chu Ha. Cik Yong Mee Ling bertugas sebagai Guru Besar selepas En. Tan See Seng bersara pada bulan September. | ||||||||||
2007 | Pembinaan bangunan 2 tingkat bermula pada bulan Mei dan siap pada bulan November. | ||||||||||
2008 | 7 bilik darjah dan sebuah bilik komputer di bangunan baru siap dibina | ||||||||||
2009 | Jumlah pelajar semakin bertambah menyebabkan bilik darjah tidak mencukupi. Lantaran itu, bilik muzik dan bilik stor yang sedia ada telah diubahsuai untuk menjadi bilik darjah untuk menampung bilangan pelajar seramai 705 orang (20 kelas) dan guru seramai 36 orang. 23 April Perasmian Bangunan Baru oleh YB Dato’ Ir Dr. Wee Ka Siong, selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
|
No comments:
Post a Comment